API | Status | Areas | % |
0-50 | Good | 44 | 88% |
51-100 | Moderate | 6 | 12% |
101-200 | Unhealthy | 0 | 0% |
201-300 | Very Unhealthy | 0 | 0% |
>301 | Hazardous | 0 | 0% |
Monday, April 26, 2010
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar
Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.
Saturday, April 24, 2010
AVIOD RAIN
From today to 28th, please do not go under the rain. This rain happened 750 years once, after being poured, it will cause high risk of skin cancer. Because of a volcanic explosion in Europe, to the eruption of a large number of sulfide at high altitude in the atmosphere 7,000 to 10,000 meters above the ash layer formed a thick, strongly acidic. Please note that this information transmitted to the people around.
INDEKS PENCEMARAN UDARA DISELURUH MALAYSIA
Guest [ Login ]
Latest Updated : 23 April 2010 | 22 April 2010 | 21 April 2010 | 20 April 2010 | 19 April 2010 |
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)
23 April 2010 (Friday)
Maklumat Titik Panas (NOAA18)/Hotspots Information (NOAA18)
AIR POLLUTANT INDEX (23 April 2010)
AIR POLLUTANT INDEX (API)INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)
23 April 2010 (Friday)
Maklumat Titik Panas (NOAA18)/Hotspots Information (NOAA18)
Negeri : Sarawak - Lokasi : Kapit 7:00AM : 23* 11:00AM : 24* 5:00PM : 26* Purata : 24 |
Map data ©2010 Tele Atlas, AND, MapIT, Europa Technologies - Terms of Use
Map
Satellite
Hybrid
7:00AM
11:00AM
API | Status | Areas | % |
0-50 | Good | 43 | 87% |
51-100 | Moderate | 6 | 12% |
101-200 | Unhealthy | 0 | 0% |
201-300 | Very Unhealthy | 0 | 0% |
>301 | Hazardous | 0 | 0% |
5:00PM
API | Status | Areas | % |
0-50 | Good | 40 | 81% |
51-100 | Moderate | 9 | 18% |
101-200 | Unhealthy | 0 | 0% |
201-300 | Very Unhealthy | 0 | 0% |
>301 | Hazardous | 0 | 0% |
NEGERI / STATE | KAWASAN/AREA | MASA/TIME 7:00AM | MASA/TIME 11:00AM | MASA/TIME 5:00PM |
Johor | Kota Tinggi | 47* | 49* | 48* |
Johor | Larkin Lama | 42* | # | 41* |
Johor | Muar | 42* | 41* | 53c |
Johor | Pasir Gudang | 51* | 50* | 43* |
Kedah | Alor Setar | 21* | 23* | 24* |
Kedah | Bakar Arang, Sg. Petani | 35* | 38* | 38* |
Kedah | Langkawi | 42* | 36* | 34* |
Kelantan | M. Sult. Ismail, K. Bharu | 53* | 52* | 50* |
Kelantan | Tanah Merah | 61* | 62* | 59* |
Melaka | Bandaraya Melaka | 31* | 32* | 33* |
Melaka | Bukit Rambai | 47* | 45* | 47* |
Negeri Sembilan | Nilai | 54* | 54* | 58c |
Negeri Sembilan | Port Dickson | 41* | 42* | 40c |
Negeri Sembilan | Seremban | 43* | 44* | 46* |
Pahang | Balok Baru, Kuantan | 53* | 54* | 54* |
Pahang | Indera Mahkota, Kuantan | 35* | 36* | 36* |
Pahang | Jerantut | 30* | 29* | 30* |
Perak | Jalan Tasek, Ipoh | 50* | 49* | 43* |
Perak | Kg. Air Putih, Taiping | 43* | 41* | 40* |
Perak | S K Jalan Pegoh, Ipoh | 46* | 45* | 43* |
Perak | Seri Manjung | 38* | 37* | 37* |
Perak | Tanjung Malim | 37* | 38* | 48c |
Perlis | Kangar | 50* | 52* | 53* |
Pulau Pinang | Perai | 31* | 36c | 34* |
Pulau Pinang | Seberang Jaya 2, Perai | 42* | 43* | 45* |
Pulau Pinang | USM | 20* | 40c | 26c |
Sabah | Keningau | 33* | 32* | 32* |
Sabah | Kota Kinabalu | 34* | 35* | 35* |
Sabah | Sandakan | 23* | 25* | # |
Sabah | Tawau | 43* | 43* | 42* |
Sarawak | Bintulu | 41* | 34* | 32* |
Sarawak | ILP Miri | 15* | 15* | 15* |
Sarawak | Kapit | 23* | 24* | 26* |
Sarawak | Kuching | 25* | 23* | 22* |
Sarawak | Limbang | 21* | 20* | 21* |
Sarawak | Miri | 23* | 31c | 20* |
Sarawak | Samarahan | 45* | 42* | 42* |
Sarawak | Sarikei | 30* | 31* | 30* |
Sarawak | Sibu | 35* | 37* | 38* |
Sarawak | Sri Aman | 43* | 43* | 45* |
Selangor | Kuala Selangor | 24* | 27* | 26* |
Selangor | Pelabuhan Kelang | 44* | 46* | 47* |
Selangor | Petaling Jaya | 37* | 38* | 51c |
Selangor | Shah Alam | 37* | 39* | 68c |
Terengganu | Kemaman | 26* | 27* | 26* |
Terengganu | Kuala Terengganu | 52* | 51* | 50* |
Terengganu | Paka | 23* | 25* | 24* |
Wilayah Persekutuan | Batu Muda,Kuala Lumpur | # | # | # |
Wilayah Persekutuan | Cheras,Kuala Lumpur | 41* | 44* | 70c |
Wilayah Persekutuan | Labuan | 32* | 33* | 34* |
Wilayah Persekutuan | Putrajaya | 30* | 32* | 53c |
Nota / Note * = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3) a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO) b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar Pengiraan IPU Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Subscribe to:
Posts (Atom)